Isnin, 13 September 2010

Twilight


Plot filem twilight:

Twilight adalah sebuah seri filem karya Stephenie Meyer. Seri ini menggambarkan tentang hubungan asmara antara vampir dan manusia. Iaitu tokoh utamanya, Isabella "Bella" Swan, seorang remaja yang pindah ke kota Forks, Washington yang kehidupannya berubah ketika ia bertemu dengan Edward Cullen, seorang vampir vegetarian yang tidak minum darah manusia hanya memangsa haiwan.

Bella mulai mengenal Edward pada hari pertama sekolahnya, namun tidak ada sambutan hangat yang diberikan oleh Edward kepada Bella. Kelama-lamaan Edward dan Bella mulai saling terbuka dan mereka jatuh cinta. Hubungan mereka diuji ketika datang vampir dari suku lain ingin memangsa Bella. James seorang vampir lain yang ingin memangsa Bella, tetapi digagalkan oleh keluarga Edward . Mereka sudah menganggap Bella sebagai sebahagian dari keluarga Edward Cullen, sehingga mereka melakukan berbagai usaha untuk menyelamatkan Bella. Setelah kembali ke Forks, Bella dan Edward menghadiri pesta prom nite. Bella mengungkapkan keinginannya untuk menjadi seorang vampir tetapi Edward menolakanya.



Penghakiman:

Walaupun di dunia realiti ini tidak berlaku isu-isu seperti benda vampir tetapi filem ini dapat membawakan maksud tolong-menolong antara satu sama lain, namun mereka daripada dunia yang tidak sama, seperti kita perlu saling membantu antara satu sama lain. Selain itu, semua benda kita tidak boleh hanya nampak dan percayai secara luaran sahaja, dalam filem ini Eward Cullen walaupun dia seorang vampir tetapi dia tidak memasangkan seorang manusia pun, sebaliknya dia membantu manusia dan menolakan manusia yang ingin menjadi vampir.

Filem ini wajar ditonton kerana teknik kehebatan filem ini sangat menarik seperti bunyi, gerakan vampir semasa pengaduhan untuk menyelamatkan Bella dan kerja-kerja lampu sangat berkesan.

Filem ini ada beberapa siri iaitu siri pertama twilight, siri kedua new moon, siri ketiga eclipse dan siri keempat breaking dawn.Selain itu juga menulis sebagai novel.