Sabtu, 7 Ogos 2010

Harapanmu

Harapan ayah dan ibuku
harapan yang telah bersusah payah
mendidik anakmu
membesarkan anakmu

Harapan ayah dan ibuku
harapan yang susah mencari rezeki untuk kehidupan anakmu
sehinggalah anakmu boleh berdiri di sini
meneruskan perjuangan di sini

Harapan ayah dan ibuku
harapan untuk anakmu menjadi orang yang berjaya
orang yang berjasa dan berilmu pengetahuan

Harapan ayah dan ibuku
harapanmu tidak sejauh mana lagi.
anakmu berjanji akan merealisasikan harapanmu
bersama seguluh ijazah dengan sepenuhnya kebanggaan.




4 ulasan:

  1. wee lu..

    ingat pesan ibu dan ayah pasti berjaya.
    teruskan belajar selagi hayat dikandung badan

    BalasPadam
  2. selamat sejahtera...
    Memang pesanan dan harapan ibu dan bapa menjadi gerakan saya untuk teruskan pelajaran. Dalam semester ini, saya menghadapi banyak masalah dalam pelajaran tetapi bila saya ingat muka bapa dan mama saya rasa saya tidak patut begitu mudah putus asa. Mereka begitu syang kepada kita dan memberi begitu banyak harapan kepada kita. Jika kita putus asa, mereka pasti akan kecewa...
    sekian...

    BalasPadam
  3. Selamat sejahtera.

    Saya memang bersetuju kepada cikgu dan Tze Chian. "Harapanmu" yang ditulis diatas memang memberitahu kita harus sentiasa mengingatkan persanan dan harapan ibu dan bapa. Semua ibubapa di dunia ini, memanglah berharap anak-anak mereka menjadi seorang yang berjaya. Oleh itu, kita sebagai anaknya, mestilah sentiasa berusaha supaya ibubapa kita tidak kecewa.

    BalasPadam
  4. Harapan ibu dan bapa memang merupakan penggerak utama untuk mencapai kejayaan dalam bidang saya. Semasa menghadapi sebarang tekanan atau halangan, ingatan dan harapan ibu bapa merupakan unsur utama bagi saya untuk bergerak hadapan supaya tidak berputus asa sebelum mencapai kejayaan.

    BalasPadam