Sabtu, 16 Oktober 2010

Tajuk: Mecari diknamik politik kampus

A) Ayat Tesis (tujuan karangan)

(Perenggan pertama)

Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dapat menyatakan pendirian mereka. Tindakan agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.


B) Ayat Topik (tujuan sebuah perenggan)

(Perengganke-10)
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.



C) i) Perenggan deduktif (umum ke khusus)

(Perenggan ke-6)

Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


ii) Perenggan induktif (khusus ke umum)

(Perenggan ke-3)

Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Namun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk Sudut Pidato tidaklah perlu terikut atau terikat denagn gaya pidato atau debat seperti dalam pertandingan . Gaya yang bersahaja juga santai tetapi membawa isu yang bernas dan berasas juga boleh diterima.


iii) Perenggan deduktif kompleks (gabungan deduktif dan induktif)

(Perenggan ke-9)

Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui.Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada.Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam gedung ilmu.Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

D) Perenggan pengenalan
Teknik yang digunakan dalam perenggan pengenalan adalah teknik
Analogi.

Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.


E) Perenggan Penutup

Mula dari perenggan ke-20 iaitu perpecahan di kalangan pelajar sebelum….


F) Perenggan transisi (kesinambungan idea antara perenggan dengan perenggan lain.)

(Perenggan ke-9 kesinambungan kepada perenggan sebelumnya)

Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari masa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui.Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada.

G)Perenggan Dialog

(Perenggan ke-17)

Diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri. saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu ...


H) 3 ciri perenggan yang terbaik

i)Kepautan (bergerak lancar,dibaca dengan mudah,guna penanda wacana)

(perenggan ke-7)

Selepas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP, penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak. Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.


ii) Kejelasan (terang, nyata, difahami dengan mudah)

(perenggan ke-14)

Pemilihan MPP ini juga memperlihat pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu.Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus, manakala 8 kerusi diagihkan bagi fakulti.


iii)Kesatuan (hanya satu idea pokok)

(perenggan ke-11)

Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimipin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting, mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.



I)Teknik menstruktur idea

i) Teknik petikan

(perenggan ke-17&18)
Diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri. saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu ...

ii)
Teknik perbandingan/analogi

(perenggan pertama)
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah

iii) Teknik contoh dan ilustrasi

(perenggan ke-11)
Di sinilah mereka didedahkan dengan eleman penting dalam prose semokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan